Tuesday, October 16, 2012

ESTARI 2012 tampil meriah!

Pada 13 Oktober  yang lalu, MBSA telah menganjurkankan program yang mengenengahkan seni tari sebagai persembsahan utama. Porgram yang dinamakan sebagai “ESTARI” telah lunas dengan jayanya  di Laman Budaya, Shah Alam.  "Estari" ialah kombinasi frasa dalam estitika dan tarian. Ia menafsirkan maksud keindahan dalam tarian.
 
Program ini telah menampilkan tarian-tarian tradisional, kreasi dan kontemporari dari pelbagai kumpulan tarian. Sebanyak  7 kumpulan yang menyertai program tersebut. Antara kumpulan yang beraksi pada program itu ialah Intan permata, Elok Lenggok, Astana Budaya, Intan Permata, Ya Nasr dan Kesuba yang mewakili Shah Alam. Turut diundang ialah kumpulan tari hebat dari Melaka iaitu Senctra. Manakala Kuala Lumpur diwakili oleh kumpulan tari profesional Warisan Seni Budaya.
 
Program yang di bahagi dengan tiga segmen itu menampilkan lenggok tari yang hebat. Gerak tari digubah segar oleh koreografer profesional. Dalam pada itu, persembahan juga dimeriahkan dengan artis jemputan iaitu Shiha dan Anas Redzuan. Tidak ketinggalan Kumpulan Drum Simfoni turut beraksi hiburkan pengunjung. 
 
Progam petang itu diakhiri dengan joget lambak beramai-ramai bersama pengunjung. Program ini telah menarik seramai 500 pengunjung untuk hadir dan menyaksikan program di mana julung-julung kali nya  diadakan. Ia telah menampilkan satu kelainan dari program-program sebelum ini yang berlangsung di Laman Budaya.
 
 
 
 

Santai Ahad, 7 Oktober

Ahad yang santai begitulah dapat digambarkan pada 7 oktober lalu! Barisan tenaga kreatif LBSA sekali lagi menyusun agenda seni santai untuk warga Shah Alam. Program Seni Setempat atau dikenali sebagai (PSS) kembali memeriahkan pentas Laman Budaya setelah hampir dua minggu berehat. PSS kali ini direncana sebaiknya. 
 
Lebih dari 350 pengunjung hadir unutk menyaksikan persembahan yang telah di sediakan oleh tenaga kreatif LBSA. Antaranya ialah tarian tradisional yang dibarisi penari-penari cilik. Gerak tari dan keletah mereka cukup menghiburkan! 
 
Tidak ketinggalan juga persembahan nyanyian oleh residen artis Shah Alam bersama Kombo MBSA yang cukup profesional. Pada sesi terakhir iaitu sesi bersama Shah Alam Drum Circles (SADC), pengunjung berpeluang untuk mempelajari cara bermain perkusi secara percuma.

Monday, October 1, 2012

Program Seni Setempat kembali meriahkan LBSA!

Lewat 23 September yang lalu, tenaga kreatif LBSA telah mengadakan program santai untuk warga Shah Alam. PSS kembali memeriahkan pentas Laman Budaya setelah hampir sebulan lebih "berehat" bagi menghormati bulan Ramadhan Al-Mubarak.

Persembahan yang terdiri daripada Kombo MBSA bersama artis residen Shah Alam telah menarik minat seramai 400 pengunjung untuk hadir menyaksikan persembahan tersebut. Pengunjung juga turut di sajikan dengan persembahan tarian tradisional dari Kumpulan Warisan Budaya Kuala Lumpur. Lebih manis apabila, pengunjung yang hadir juga telah berpeluang mempelajari cara bermain peralatan perkusi yang diajar oleh Kumpulan Shah Alam Drum Circle.
 
 Kumpulan Warisan Seni Budaya Kuala Lumpur
 
 Gabungan 3 vokal Wawa, Syahz dan Mimi
 
 Sesi pembelajaran perkusi kepada pengujung yang berminat
Belajar perkusi bersama Shah Alam Drum Circle

"Oh Cinta Ramadhan"

Shah Alam- Satu program Seni Setempat telah diadakan di Laman Budaya pada hari ahad 15 Julai 2012 yang lepas.  Program tersebut bertemakan "Oh Cinta Ramadhan". Pemilihan tema adalah bertepatan dengan bulan ramadhan yang bakal menjelang tiba tidak lama lagi.

Program ini telah dikemudikan oleh pengacara yang tidak aisng lagi di Shah Alam iaitu Zulfahmee dan Nani Saudiar Zakir. Pada kali ini program berlangsung dalam bentuk bual bicara ilmiah yang membariskan Imam Muda Nazrul dan Encik Muhammad Azman Haji Nawi , Editor Karangkraf sebagai ahli panel jemputan. Isu-isu yang telah dikupas oleh panel ialah berkaitan isu-isu ramadhan, cabaran, fadilat, dan pengertian ramadhan kepada para pengunjung yang hadir.

Lebih manis, pengunjung yang hadir juga turut dihiburkan oleh artis-artis undangan iaitu Syahz, Mimi, Wawa yang mendendangkan lagu-lagu yang berunsur Ketuhanan. Antara pengunjung yang hadir adalah adik-adik dari Sekolah Agama Menengah Tinggi Tengku Ampuan Jemaah. Program ini bermula pada 5.00 petang dan telah berakhir pada 6.50 petang dan berjaya menarik lebih 300 tetamu yang datang untuk menyaksikan program tersebut.
 
 Bual biacara santai yang mengupas isu-isu ramadhan
 
 Lagu-lagu Ketuhanan oleh artis baru Syahz
 
 Bertenaga dan penuh penghayatan nyanyian oleh Mimi
 
 Berkolabrasi Wawa dan wakil pelajar sekolah agama
 
Antara tetamu yang hadir