Ahad yang santai begitulah dapat digambarkan pada 7 oktober lalu! Barisan tenaga kreatif LBSA sekali lagi menyusun agenda seni santai untuk warga Shah Alam. Program Seni Setempat atau dikenali sebagai (PSS) kembali memeriahkan pentas
Laman Budaya setelah hampir dua minggu berehat. PSS kali ini direncana sebaiknya.
Lebih dari 350 pengunjung hadir unutk menyaksikan
persembahan yang telah di sediakan oleh tenaga kreatif LBSA. Antaranya ialah tarian tradisional yang dibarisi penari-penari cilik. Gerak tari dan keletah mereka cukup menghiburkan!
Tidak ketinggalan juga persembahan nyanyian
oleh residen artis Shah Alam bersama Kombo MBSA yang cukup profesional.
Pada sesi terakhir iaitu sesi bersama Shah Alam Drum Circles (SADC), pengunjung berpeluang untuk mempelajari cara bermain perkusi secara percuma.
No comments:
Post a Comment