Monday, December 28, 2009

Ambang 2010 dan Imbasan Program 2009


Imbasan Program 2009

11 -12 Disember - URBAN CAMP
6 Disember - Separuh Akhir D'Muzik@LB
22 November - Sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia"
14 November - YOUNGSTERS! - 'Belia Menentang Dadah"
8 November - D'Muzik@LB, penampilan Istimewa Jaafar Onn & Rohana Jalil
31 Oktober - MOCCA tales of 10 years
25 Oktober - D'Muzik@LB
11 Oktober - Program Adibudaya, D'Muzik@LB
4 September - Ifftar Perdana, Majlis Berbuka Puasa
1- 9 Ogos - Musical Extravaganza - Sekitar Bandaraya Shah Alam
26 Julai - D'Muzik@LB
19 Julai - Program Pusat Seni Setempat
12 Julai - D'Muzik@LB
5 Julai - Program Pusat Seni Setempat
28 Jun - Peringkat Akhir Band Idola
21 Jun - Pusat Seni Setempat
14 Jun - Separuh Akhir Band Idola
7 Jun - "WARNA"
31 Mei - Band Idola
30 Mei - Karnival Kebudayaan Jabatan Pelajaran Selangor
29 Mei - Layar Tanchap, Wayang Kulit
24 Mei - Program Pusat Seni Setempat
17 Mei - Band Idola
10 Mei - Saringan (2) D'Muzik@LB
9 Mei - Uji Bakat Pertandingan Bintang Asli
3 Mei - Program Pusat Seni Setempat
26 April - Band Idola
12 April - Band Idola
5 April - Pertandingan Bercerita sirah-sirah Rasul
4 - 5 April - Nasi Lemak Kopi O
29 Mac - Band Idola 2009
28 Mac - Arts For Gaza & Global Warming Campaign
18 Mac - "Swing Again With Mocca"
15 Mac - Band Idola 09
8 Mac - Program Pusat Seni Setempat
1 Mac - Setanggi Kasih
22 Feb - "Wasilah Cinta Palestin"
1 Feb - Program Sambutan Tahun Baru Cina

Monday, December 14, 2009

Pertandingan Akhir Juara D'Muzik

Pertandingan Akhir Juara D’Muzik Shah Alam 2009 akan menyusul di Perkarangan Stadium Malawati pada 20 Disember 2009 sempena Selangor Ria 2009. Setelah 6 episod diadakan di Laman Budaya Shah Alam dan menerima ratusan penyertaan, maka kemuncak pertandingan akan menyaksikan 10 peserta berentap bagi merebut gelaran Juara D’Muzik Shah Alam 2009. Pertandingan ini merupakan anjuran Bahagian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan, Jabatan Korporat Majlis Bandaraya Shah Alam.

Pertandingan akhir tersebut akan menyaksikan para peserta meyampaikan sebuah lagu dan persembahan mereka diiringi oleh Kombo MBSA. Juara pertandingan akan membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM 1,500.00 berserta sijil penyertaan dan piala, tempat kedua RM 1000.00 berserta piala dan sijil, tempat ketiga RM 500.00 berserta piala dan sijil, manakala saguhati tempat ke empat hingga sepuluh akan membawa wang tunai RM 100.00 dan sijil. Bagi katagori persembahan terbaik pula para peserta akan membawa pulang wang tunai RM 300.00 berserta sijil. Sementelahan itu, program turut diserikan dengan penampilan istimewa artis undangan Imran Ajmain.

Pertandingan ini bukan sahaja berjaya melahirkan bakat-bakat baru tetapi ia memberi ruang kepada mereka untuk berkarya. Maklumat lanjut mengenai Pertandingan Akhir Juara D’Muzik 2009, sila hubungi Pegawai Kebudayaan dan Pelancongan En. Mohd Zulfahmee Ismail di talian 013-3507888.

Music For Youth's


Wednesday, November 25, 2009

Sambutan Hari Budaya Kanak-Kanak Peringkat Negeri Selangor

Majlis Penyampaian Hadiah oleh Y.B Puan Rodziah Ismail

Peace and Harmony Shah Alam


Pengujung khusyuk menonton persembahan

Pengunjung di Booth Cartoon Cafe

Persembahan cilik

Persembahan oleh artis Amar

Choral Speaking

Sekitar mewarna

Projek Kanak-Kanak Cilik

Makcik pun nak juga uncle Coco


Shah Alam Ahad, 22 Nov - Kemeriahan LBSA jelas terasa dengan ratusan kanak-kanak membanjiri LBSA sempena program Hari Budaya Kanak-Kanak Peringkat Negeri Selangor sempena Sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia. Program yang dianjurkan bersama oleh Kerajaan Negeri Selangor dan Majlis Bandaraya Shah Alam itu dirasmikan oleh Y.B Puan Rodziah binti Ismail, merangkap Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Kebudayaan, Sains, Teknlogi & Inovasi. Turut hadir bersama ialah Encik Adzhar bin Maludin, Ahli Majlis MBSA, Encik Mohd Hasbi Abd Rashid, Timbalan Pengarah JKM dan dif-dif jemputan dari pelbagai agensi.

Program yang sarat dengan pelbagai aktiviti itu bermula seawal jam 8.00 pagi dan tamat pada jam 6.50 petang. Program ini berjaya menarik lebih 1400 pengunjung ke LBSA. Dalam ucapan perasmian Y.B Puan Rodziah, beliau menyatakan program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada masyarakat mengenai program yang telah disediakan oleh kerajaan dalam meningkatkan kualiti hidup kanak-kanak di Selangor sekaligus memperkasa dan menyokong hak kehidupan, perlindungan, perkembangan dan penyertaan kanak-kanak.

Antara aktiviti-aktiviti yang berlangsung pada program tersebut ialah pameran dari agensi seperti Jabatan Polis, PPAS, TAWAS, JKM, Rantaian Mesra Sdn Bhd, One Stop Crisis Centre dan Cartoon Cafe. Bagi acara pentas pula, pelbagai persembahan disertai oleh kanak-kanak sekolah seperti, choral speaking, nasyid, tarian, drama tari, teater, bercerita, senam tari dan koir. Lebih manis apabila pengunjung juga dihiburkan dengan persembahan istimewa nasyid dan silap mata oleh artis Amar dan uncle Coco (badut). Di samping itu juga pertandingan mewarna dan sukan rakyat juga mengisi slot bagi memeriahkan lagi program tersebut.

Program berakhir dengan penyerahan deklarasi oleh wakil kanak-kanak kepada Y.B Puan Rodziah binti Ismail. Deklarasi tersebut menggesa agar perlindungan dan keselamatan kanak-kanak di Negeri Selangor dititikberatkan.

Wednesday, November 18, 2009

Generasi Bebas Dadah!!!

Pada 14 November 2009 yang lepas, satu konsert amal bersama Persatuan Pengasih Malaysia telah dianjurkan dengan jayanya. Konsert amal ini dianjurkan pelajar semester 7b diploma komunikasi dan media, Universiti Industri Selangor dengan kerjasama Majlis Bandaraya Shah Alam. Program ini merupakan sebuah program pelbagai (mini miscellaneous event) yang mengumpulkan belia seramai mungkin untuk berhibur disamping menyebarkan kesedaran tentang bahaya penyalahgunaan dadah.

Program ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran tentang bahayanya penyalahgunaan dadah dikalangan golongan remaja. Program ini menggunakan pendekatan muzik sebagai medium untuk menyampaikan mesej tersebut. Pelbagai aktiviti telah berjaya dilaksanakan sepanjang program ini.

Di antara tetamu kehormat yang hadir ialah Tuan Mohtar Hani (Timbalan Datuk Bandar Shah Alam), Tuan Haji Yunus Pathi (Presiden Persatuan Pengasih Malaysia), Prof. Dr. Haji Anuar Haji Ahmad (Timbalan Naib Canselor Akademik, Unisel) dan Prof. Dr Muhammad Ali Bin Sekak (Ketua Program Komunikasi Dan Media, Unisel). Tetamu Kehormat diarak menaiki Bot mengelilingi sekitar Tasik Shah Alam yang ditaja oleh Antan Batura Sdn. Bhd. Tetamu kehormat juga diberi penghormatan melepaskan sepasang burung merbok sebagai simbol kebebasan daripada najis dadah. Majlis juga menyaksikan upacara penyampaian sumbangan sebanyak RM2000 kepada Persatuan Pengasih Malaysia hasil sumbangan pelajar-pelajar Unisel.

Program diteruskan dengan persembahan kumpulan-kumpulan muzik bebas pada sebelah petang. Kumpulan-kumpulan muzik tersebut diberikan slot selama 20 minit dan menyampaikan karya mereka disamping menyampaikan mesej tentang bahayanya penyalahgunaan dadah kepada pengunjung. Di antara kumpulan-kumpulan muzik bebas tersebut adalah The Times, Dichi Michi, Matematik, Arus, Dish, Fynn Jamal, Tilu, Musika, Morning Glory, Afiq AF dan penampilan istimewa ‘band’ pengasih sendiri.

Lebih manis apabila program ini diserikan lagi dengan lintas langsung skuad Hot FM Viva Zoomers pada sebelah petang. Selain itu pelbagai aktiviti menarik dijalankan sepanjang program seperti mural tapak tangan (simbol sokongan kempen anti dadah dikalangan pelajar), cabutan bertuah, pameran Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan gerai. Program tamat sekitar jam 7 petang dan diangggarkan seramai 1300 orang pengunjung hadir pada program ini.

Sunday, November 8, 2009

Jaafar Onn & Rohana Jalil meriahkan LBSA

salah seorang peserta yang layak ke pusingan separuh akhir


J'O & Rohana bersama dengan krew BKKP MBSA

Gandingan J'O dan Rohana diringi oleh kombo MBSA


8 Nov - Kemeriahan petang Ahad di LBSA terasa dengan telatah oleh artis retro Jaafar Onn dan Rohana Jalil. Persembahan yang diringi oleh Kombo MBSA berjaya menghiburkan lebih 300 pengujung yang hadir pada petang tadi. Dalam pada itu, seramai 8 peserta D'Muzik berentap untuk merebut tempat ke separuh akhir program yang akan berlangsung pada Disember akan datang. Tahniah kepada 3 peserta yang layak pada pusingan hari ini! Separuh akhir akan menemui para pengunjung pada 6 Disember 2009!

Friday, November 6, 2009

YOUNGSTERS! Belia Menentang Dadah


Nantikan Program YOUNGSTERS! - Belia Menentang Dadah di LBSA pada 14 November 2009 pada jam 10 pagi - 6.00 petang! Pelbagai aktiviti menarik menanti anda!!!!

Tuesday, November 3, 2009

D'Muzik@LB

Tanggal 25 Oktober yang lepas pentas laman budaya meriah dengan persembahan D'Muzik@LB. Kombo MBSA juga mengambil slot dengan membawakan kosep persembahan lagu-lagu 1970 an.

Tuesday, September 29, 2009

Program ADIBUDAYA

Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) akan mengadakan Program Adibudaya pada 11 Oktober 2009. Program yang berlansung pada Hari Ahad, pada jam 4.30 – 6.30 petang diadakan sempena Ulangtahun Bandaraya ke 9, Sambutan Hari Raya Aidilfitri dan Perayaan Deepavali.

Penganjuran program ini digarap dengan menggabungkan persembahan tarian tradisional dan kontemporari dari pelbagai kaum iaitu Melayu, Cina India. Ia juga akan menampilkan Kombo MBSA dengan membawakan konsep ritma muzik pop yeh-yeh untuk semua. Di samping itu seramai 10 peserta program D’Muzik@LB juga akan bertanding.

Sementelahan itu, para pengunjung juga akan dihiburkan oleh penyanyi Izwan Pilus, Farez (Melissa), kumpulan remaja UNONE dan juara bintang asli Selangor, saudari Fazlina. Lebih menarik apabila pengunjung Laman Budaya juga berpeluang untuk memenangi hadiah misteri dan duit raya.

Bahagian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan, Jabatan Korporat, Majlis Bandaraya Shah Alam optimis dalam menyemarakkan aktiviti seni dan budaya dan ia juga merupakan satu medium dalam mencungkil bakat-bakat baru, memberi peluang untuk para seniman berkarya dan yang lebih penting ialah memupuk semangat perpaduan melalui seni dan budaya.

Pihak penganjur mengalu-alukan orang ramai dan warga Shah Alam untuk hadir ke Laman Budaya. Maklumat lanjut mengenai Program Adibudaya dan aktiviti-aktiviti yang berlansung di Laman Budaya Shah Alam, boleh melayari www.lamanbudaya.blogspot.com atau hubungi Pegawai Kebudayaan dan Pelancongan En. Mohd Zulfahmee Ismail di talian 013-3507888.


Dikeluarkan oleh : Bahagian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan, Jabatan Korporat Majlis Bandaraya Shah Alam


Friday, August 7, 2009

KENYATAAN AKHBAR SELANGOR MUZIKAL EXTRAVAGANZA 2009

SHAH ALAM – SELANGOR MUZIKAL EXTRAVAGANZA 2009 yang sedang berlansung pada 1 hingga 9 Ogos di sekitar Bandaraya Shah Alam telah membawakan festival seni yang unggul. Program yang diilhamkan oleh Y.A.B Dato’ Menteri Besar Selangor dalam menjadikan Negeri Selangor sebagai daya tarikan pelancong terhadap kesenian dan kebudayaan. Penganjuran program ini juga merupakan persediaan kepada pelancaran Tahun Melawat Selangor (2010).

Program ini telah dirasmikan oleh Y.B Puan Elizabeth Wong Keat Ping pada 1 Ogos yang lepas. Kemuncak dan majlis penutup bagi Selangor Muzikal Extravaganza 2009 akan berlansung pada 9 Ogos di Dataran Shah Alam yang akan disempurnakan oleh Y.A.B Tan Sri Dato’ Abdul Khalid Ibrahim, Dato Menteri Besar. Majlis penutup juga bakal dihadiri oleh para delagasi luar.

Sepanjang program ini berlangsung, pelbagai persembahan kebudayaan serta alunan muzik telah dipersembahkan merangkumi aspek budaya dan muzik masyarakat majmuk di Malaysia. Antaranya adalah, Pertandingan Pancaragam, Dram Halilintar, Persembahan Kebudayan, Konsert Nasyid, Pertandingan Marhaban dan Berzanji, Festival Jalanan, Konsert 1 Heart Selangor, Permainan Tradisional, Sambutan Orang Asal Sedunia, Pertandingan Tarian, Persembahan Teater, Persembahan Puisi dan Lagu Indie, Persembahan Band, Twin Festival, Poco-poco, Pameran Kereta Mini Klasik, Pertandingan Patriotik Idol. Persembahan Akustik, Baca Naskah dan Konsert Penutup yang akan menjanjikan satu kelainan dan akan diserikan dengan artis-artis popular seperti Noryn Aziz, Yuna, Hujan, Hattan dan ramai lagi.

Program Selangor Muzikal Extravaganza telah dilaksanakan di beberapa tempat utama di sekitar Shah Alam seperti Dataran Shah Alam, Laman Budaya. Auditorium MBSA, Taman Tasik Shah Alam, Dataran Kemerdekaan, Plaza Alam Sentral dan Subang Parade.

Program yang julung kali diadakan telah memberi peluang kepada penggiat seni tanah air untuk berkarya dan menandakan satu apresiasi Kerajaan Negeri Selangor kepada semua penggiat seni. Sementelahan itu, program ini juga dilihat sebagai medium perpaduan melalui seni.

Maklumat lanjut mengenai Selangor Muzikal Extravaganza boleh layari www.tourismselangor.org dan www.lamanbudaya.blogspot.com atau hubungi 03-
55132000.


SEKIAN TERIMA KASIH


DIKELUARKAN OLEH
MOHD ZULFAHMEE BIN ISMAIL
013-350788

Tuesday, August 4, 2009

Pertandingan Marhaban & Berzanji Selangor 2009

Sempena Muzikal Extravaganza 2009, kami bawakan anda Pertandingan Marhaban dan Berzanji Selangor 2009! Bersama saksikan ritmanya!

Sunday, August 2, 2009

Selangor Muzikal Extravanganza (sisipan2)





Hari ini merupakan Hari ke 2 SME09. Pelbagai program yang menarik telah disusun bagi melengkapkan hujung minggu orang ramai.

1. Laman Budaya Shah Alam - Seawal jam 8.30, pendaftaran bagi Pertandingan Tarian Kontemporari telah diadakan. Ia telah melibatkan 5 buah sekolah rendah mengambil bahagian. Pertandingan ini telah menobatkan Sek. Keb. Puncak Perdana 2 sebagai johan pertandingan. Orang begitu teruja dengan persembahan mantap oleh sekolah-sekolah yang bertanding. Lebih meriah apabila program turut diserikan dengan persembahan nyanyian dan joget lambak beramai-ramai. Agenda petang di Laman Budaya diteruskan dengan persembahan band-band amatur dari Orannge Studio
2. Taman Tasik Shah Alam - Seperti 1 Ogos semalam, Festival Jal. Dataran Shah Alam - Keberlansungan SME09 terserlah dengan persembahan Indie, baca naskah, usratika dan gendang anak.

Selangor Muzikal Extravanganza (sisipan1)

1 OGOS- Shah Alam, Selangor Muzikal Extravaganza mengisi kalander Ogos. Bertemakan Festival Muzik Terunggul Selangor 2009, yang menyaksikan program ini akan berlansung selama 9 Hari di 6 Lokasi dan menampilkan berpuluh persembahan.
Sekitar 1 OGOS
1. Dataran Shah Alam telah berlansung Brass Band Competition dan Drum Line Competition di mana menyaksikan 5 buah sekolah mengambil bahagian dan Sek Men Tinggi Klang dinobatkan sebagai johan pertandingan. Pada jam 2 petang telah berlansungnya acara perasmian yang disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan & Alam Sekitar. Di sebelah petang, Dataran Shah Alam dimeriahkan dengan persembahan tugu dram dan persembahan akustik.
2. Laman Budaya - Bermula jam 5 petang, Laman Budaya diisi dengan slot persembahan pentas oleh kumpulam muzik amatur. Kemeriahan dan persembahan jelas bertenaga oleh 8 kumpulan jemputan.
3. Taman Tasik Shah Alam - Bersebelahan Laman Budaya, program Festival Jalanan telah mengambil tempat dalam menyemarakkan lagi aktiviti kesenian. Pelbagai program seperti persembahan Chempoling, Silamban, permainan tradisional dan pelbagai lagi telah menarik minat para pengunjung untuk bersama-sama merasai keseronakkan SME 09.
4. Stadium Malawati - Telah berlansung Konsert Antara Dunia iaitu konsert nasyid yang menampilkan artis-artis seperti Rabbani, Hijjaz dan ramai lagi.

Monday, July 20, 2009

D'MUZIK@LB - "KAMI ANAK MALAYSIA"

Program D'Muzik @ LB pada minggu ini bertemakan “Kami Anak Malaysia” di mana ia sebagai salah satu medium memupuk semangat patriotisme di kalangan masyarakat melalui muzik.

Para pengujung akan dihiburkan dengan persembahan oleh peserta pertadingan D’Muzik@LB dan juga persembahan artis jemputan Roy yang akan diiringi oleh Kombo MBSA. Selain itu, persembahan puisi juga akan mengisi slot pada petang tersebut.

Kemuncak acara ialah nyanyian dan mengibar jalur gemilang secara beramai-ramai di kalangan pengunjung. Semua dijemput kesana!!!

Thursday, July 16, 2009

PSS - Muzikal Teater, Tarian dan Pameran

Program Pusat Seni Setempat (PSS) pada minggu ini akan menampilkan persembahan muzikal teater dari Sekolah Kebangsaan Bukit Subang. Persembahan tarian dari Sek Keb Sultan Alam Shah 2 dan Sek. Men Keb Batu Unjur juga akan mengisi slot pada petang itu.

Para pengunjung juga turut berpeluang untuk melihat pameran permainan tradisional seperti gasing, congkak dan sebagainya. Semua dijemput hadir!

Tuesday, July 7, 2009

Pertandingan Marhaban dan Berzanji Selangor 2009

Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di bawah Bahagian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan, Jabatan Korporat dengan kerjasama Tourism Selangor Sdn Bhd serta sokongan penuh Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor akan menganjurkan Pertandingan Marhaban dan Berzanjii Selangor 2009. Pertandingan ini merupakan salah satu slot bagi “SELANGOR MUZIKAL EXTRAVAGANZA”. Pertandingan ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan dan penghayatan kepada generasi muda dalam merapatkan hubungan masyarakat serta dapat mengembalikan seni tradisi yang telah lama diwarisi.

Lokasi

Dewan Auditorium, Majlis Bandaraya Shah Alam

Tarikh


Program ini akan diadakan pada bulan 8 & 9 Ogos 2009.
Syarat-syarat dan borang penyertaan boleh layari www.mbsa.gov.my

Monday, June 29, 2009

Rimba Bara juara BAND IDOLA 09

Juara - Rimba Bara

Vokalis Terbaik

Band Jemputan - Sharpshooter

Artis Jemputan -Erry Putra

Band Jemputan - SAM

Antara Tetamu VIP yang hadir


Melewati hampir empat bulan bersiaran di Laman Budaya Shah Alam, dan lebih 36 kumpulan berentap sepanjang ia berlangsung, peringkat akhir yang menyaksikan 6 kumpulan berentap di pertandingan akhir Band Idola ini telah menobatkan Kumpulan Rimba Bara sebagai juara Band Idola 2009 seterusnya membawa hadiah kemenangan wang tunai wang tunai RM 4,000.00 berserta piala, hamper dan sijil. Rimba Bara juga telah merangkul kategori terbaik untuk pemain gitar, pemain bass dan pemain drum. Naib juara pula dimenangi oleh Kumpulan Sharp Nine dan membawa hadiah kemenangan wang tunai RM 2,500.00 beserta piala, hamper dan sijil. Sharp Nine juga telah memenangi kategori lagu ciptaan terbaik. Tempat ketiga pula dimenangi oleh Kumpula Sharphire dan menerima wang tunai sebanyak RM 1000.00 beserta piala, hamper dan sijil.

Bagi saguhati tempat ke empat pula ialah Kumpulan Putera Sari, diikuti tempat ke lima ialah Ilustrasi manakala tempat ke enam ialah dari Kumpulan Alternature dan setiap kumpulan menerima wang tunai RM 500.00 beserta hamper dan sijil. Dalam pada itu, lirik terbaik telah dimenangi oleh Kumpulan Putera Sari manakala vokalis terbaik pula disandang oleh Iustrasi. Setiap kumpulan membawa 2 buah lagu, di mana satu lagu ciptaan sendiri dan satu lagu plilihan.

Pertandingan yang bermula pada jam 4.00 petang sehinga 6.45 petang juga diserikan dengan persembahan jemputan dari pelakon yang kini juga penyanyi iaitu Erry Putra, Sam dan Kumpulan Sharpshooter. Bahagian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan, Jabatan Korporat Majlis Bandaraya Shah Alam optimis dalam melestarikan program-program yang berbentuk kesenian dan kebudayaan. Pertandingan ini bukan sahaja berjaya melahirkan bakat-bakat muda dalam penciptaan lagu dan lirik tetapi ia memberi ruang kepada anak-anak muda untuk berkarya.

Tuesday, June 23, 2009

Kenyataan Media - Band Idola Akhir

Setelah hampir empat bulan bersiaran di Laman Budaya Shah Alam, dan lebih 36 kumpulan berentap sepanjang ia berlangsung, peringkat akhir Band Idola akan menemui penonton pada 28 Jun ini bermula pada jam 4.00 petang di Laman Budaya Shah Alam. Pertandingan ini merupakan anjuran Bahagian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan, Jabatan Korporat Majlis Bandaraya Shah Alam.

Pertandingan akhir tersebut akan menyaksikan 6 kumpulan akan berentap merebut gelaran Band Idola 09. Kumpulan yang Berjaya mara di peringkat akhir ialah Sharp Nine, Ilustrasi, Rimba Bara, Putera Sari, Sapphire dan Alternature. Setiap kumpulan akan membawa 2 buah lagu, di mana satu lagu ciptaan sendiri dan satu lagu plilihan.

Pertandingan akhir itu juga akan diserikan dengan persembahan jemputan dari pelakon yang kini juga penyanyi iaitu Erry Putra, Sam dan Kumpulan Sharpshooter. Pertandingan ini bukan sahaja berjaya melahirkan bakat-bakat muda dalam penciptaan lagu dan lirik tetapi ia memberi ruang kepada anak-anak muda untuk berkarya.

Maklumat lanjut mengenai Pertandingan Akhir Band Idola, sila hubungi Pegawai Kebudayaan dan Pelancongan En. Mohd Zulfahmee Ismail di talian 013-3507888.

Monday, June 22, 2009

Band Idola (Peringkat Separuh Akhir)

Band Idola 2009 (peringkat sepparuh akhir) telah diadakan pada 14 Jun 2009 (Ahad) bertempat di Laman Budaya Shah Alam. Pertandingan telah bermula pada jam 3.00 petang hingga 6.30 petang.

Sebanyak 12 kumpulan yang layak ke peringkat separuh akhir ini antaranya kumpulan School, Kid’s Power, Kesempatan Band, Sharp Nine, Rimba Bara, Putera Sari, Alternature, Baetro Band, Triple Sound, D’Oryza, Sapphire dan Ilustrasi. Setiap kumpulan telah membawa sebuah lagu ciptaan sendiri.

Sebanyak 6 kumpulan yang telah layak ke peringkat akhir iaitu kumpulan Sharp Nine, Ilustrasi, Rimba Bara, Putera Sari, Sapphire dan Alternature. Pertandingan akhir akan diadakan pada 28 Jun 2009 (Ahad) di Laman Budaya Shah Alam

Sunday, May 31, 2009

Karnival Kebudayaaan Sekolah-Sekolah Peringkat Negeri Selangor

30 Mei - Lebih 2700 orang membanjiri Laman Budaya Shah Alam bagi menyaksikan Karnival Kebudayaan Sekolah-Sekolah Negeri Selangor. Pertandingan yang berlangsung adalah seperti tarian, esemmble muzik, koir,puisi dan kompang formasi.

Pertandingan ini diadakan bagi mencari wakil Negeri Selongor yang akan bertanding ke peringkat kebangsaan yang dijadualkan berlansung di Negeri Kedah.

AKAR di Laman Budaya


Bertemankan cahaya "spot light" di LBSA, Jumaat 29 hbn Mei, AKAR tampil untuk kali pertama pada sesi 2009. Kesungguhan anak-anak muda dapat dilihat dalam memperjuangkan kebudayaan dan kesenian dengan cara tersendiri. Program usahasama dengan Bahagian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan, Jabatan Korporat MBSA ini adalah satu usaha yang patut diteruskan.

Thursday, May 28, 2009

"WARNA"

Dalam hasrat melestarikan aktiviti kebudayaan dan kesenian di Shah Alam, Bahagian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan, Jabatan Korporat Majlis Bandaraya Shah Alam, akan membawakan ‘WARNA’ pada 7 hbn Jun bertempat di Laman Budaya Shah Alam.

‘WARNA’ diterjermahkan dengan beberapa elemen persembahan seperti persembahan muzik berkonsep tradisional dari Kumpulan Dewangga Sakti yang memggunakan instrumen seperti gitar, darbuka, violin, gambus dan rebana. ‘WARNA’ juga akan menampilkan persembahan kombo dari Majlis Perbandaran Klang (MPK), nyanyian secara akustik daripada Fariz (Melissa), dan nyayian oleh pasangan kembar Lilils Syafuza dan Lilis Syafiza.

Disamping itu, konsep ‘WARNA’ akan diterjermahkan melalui persembahan tarian kontemporari oleh Kumpulan Kesenian Selangor dan persembahan puisi oleh Zulfian Isma Mirza dan Ku’Ars Azman.

Saksikan ‘WARNA’ di LBSA, Pada jam 5 - 6.30 petang. Untuk keterangan lanjut boleh hubungi En. Mohd Zulfahmee, Pegawai Kebudayaan dan Pelancongan di talian 03-55222701

Monday, April 27, 2009

Saringan (II) D'MUZIK@LB- JUARA KARAOKE

Salam untuk semua. Saringan bagi program pencarian Juara Karoeke akan bermula tidak lama lagi. Pada kali ini, program tersebut telah dinamakan sebagai Juara "D'Muzik Shah Alam". Masih mengekalkan konsep yang sama, program ini akan memenuhi slot di Laman Budaya Shah Alam bermula Jun ini. Kepada sesiapa yang berbakat, tunjukkan kemampuan anda di saringan kedua seperti tertera dibawah:

TEMPAT : Laman Budaya Shah Alam
TARIKH : 10 Mei 2009 (Ahad)
MASA : 500 petang – 6.30 petang


Syarat-syarat penyertaan :

a) Saringan ini dianjurkan oleh Majlis Bandaraya Shah Alam dan terbuka kepada penduduk di sekitar Lembah Klang.

b) Pertandingan ini adalah percuma dan terbuka secara solo sahaja dan berumur dari 16 tahun ke atas.

c) Peserta yang telah menjalani saringan pertama tidak dibenarkan menghadiri saringan ini (saringan pertama adalah pada 10 & 11 Januari 2009).

d) Semua CD karaoke hendaklah dibawa oleh peserta sendiri pada hari pertandingan dan peserta hendaklah berpakaian kemas.

e) Hanya lagu-lagu yang berkonsep Pop Rock, Slow Rock, Etnik Kreatif, Jazz, Balada dan Pop Komersil sahaja dibenarkan. Lagu-lagu berunsur kemanusiaan adalah digalakkan.

f) Pihak penganjur berhak membuat pindaan tanpa sebarang notis.

g) Pendaftaran dibuka dari 5 hingga 8 Mei 2009 sahaja. Tarikh tutup pendaftaran adalah pada 8 Mei 2009, jam 4 petang. Pendaftaran adalah berdasarkan kepada ’siapa dahulu dia diutamakan’. Hanya 30 peserta sahaja diperlukan untuk saringan ini.

h) Borang penyertaan boleh didapati di Bahagian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan, Jabatan Korporat, Tingkat 2, Lif Auditorium, Majlis Bandaraya Shah Alam, Wisma MBSA, Persiaran Perbandaran 40000 Shah Alam. Sebarang pertanyaan sila hubungi talian 03-55222740 (Cik Hana) atau 03-55222738 (Puan Mas).

Friday, April 24, 2009

Pertandingan Bercerita Sirah-Sirah Rasul 2009




Pertandingan ini diadakan bagi melestarikan semangat silaturrahim dan institusi kekeluargaan di kalangan komuniti bandaraya Shah Alam. Ia dianjurkan sempena Hari Keputeraan Nabi Muhammad S.A.W dan ia dilihat dapat memberi kesedaran hidup beragama dan kecintaan tinggi terhadap moral dan akhlak.

Pada 5 April lalu, Pentas Laman Budaya Shah Alam menjadi gelangang para peserta menunjukkan kebolehan mereka yang begitu petah dalam menyampaikan cerita mengenai sirah-sirah rasul. Program yang berlansung hampir 3 jam ini berjaya mencapai objektif yang diharapkan. Syabas kepada semua peserta!

Thursday, April 2, 2009

Pakat ramai-ramai ke Karnival Nasi Lemak Kopi O


Jom kita beramai-ramai hadir ke Karnival Nasi Lemak Kopi O di Laman Budaya Shah Alam pada 4 & 5 April ini. Pelbagai aktiviti menarik disajikan kepada pengunjung! Jumpa di sana!!!

Tuesday, March 31, 2009

Damai itu...







Membina kedamaian adalah sangat susah, menjaganya pun adalah payah, tapi meruntuhkannya ada sekelip mata. Bila kejahatan merajai hati, kuasa dimanipulasi maka deritalah hati-hati!

Monday, March 30, 2009

Band Idola menyegat!

Kehangatan Band Idola 09 kembali menyengat. Semalam adalah minggu kedua Band Idola mengambil tempat pada musim ini di mana 4 kumpulan berentap. Di hadapan lebih 300 penonton, Kumpulan Rimba Bara berjaya membuktikan mereka layak untuk ke separuh akhir. Kehadiran penonton yang memberangsangkan ini menunjukkan bahawa Band Idola 09 mempunyai peminat yang tersendiri.

Art For Gaza & Global Warming Campaign

Perasmian dan bacaan Puisi oleh Sasterawan Negara Yg.Bhg Datuk A.Samad Said

Persembahan puisi oleh Ku Ars Azman


Persembahan Akustik


Persembahan Puisi oleh Fahmee


Art Therapy para pelajar dari Sek. Men Seksyen 24

Life painting dari pelajar Sek Men Sek 9




Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dengan kerjasama Limpahtakruah telah mengadakan program “Art For Gaza and Global Warming Campaign” bertempat di Laman Budaya pada 28 Mac lalu. Program yang bermula seawal jam 10 pagi itu ceria dengan aktiviti seperti jualan lukisan amal, bengkel melukis, life painting dan art therapy.

Program tersebut dirasmikan oleh Sasterawan Negara, Y.Bhg Datuk A. Samad Said pada jam 8.15 malam. Laman Budaya “bergelap” untuk tempoh satu jam sebagai tanda simbolik menyokong “60 Earth Hour”. Persembahan puisi oleh Sasterawan Negara Y.Bhg Datuk A. Samad Said, Zulfian Isma Mirza, Ku Ars Azman dan persembahan akustik betemankan cahaya lilin. Tuntasnya, program yang dijalankan adalah berjaya.

Sunday, March 8, 2009

Program Pusat Seni Setempat

Persembahan Cak Lempong

Persembahan Nyanyian oleh Wawa


Kompang komtemparari


Silat pertahanan diri oleh pelajar wanita




Teknik bermain gasing


Demonstrasi Gasing


Gerai



SHAH ALAM – Minggu ini bersamaan 8 Mac, Laman Budaya Shah Alam diserikan dengan persembahan yang menghiburkan para pengunjung Taman Tasik Shah Alam. Program yang dihoskan bersama Bahagian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan, Jabatan Korporat MBSA dan Jabatan Kebudayaan, Kesenian Negeri Selangor ini adalah segar dan berkualiti.


Persembahan kompang kontemporari, cak lempong, silat, nyanyian dan puisi mengambil tempat pada minggu ini. Para pengujung juga dihiburkan dengan demonstrasi permainan gasing. Program yang dianjurkan ini berjaya menarik minat para pengunjung untuk santai bersama keluarga sambil menikmati hiuburan percuma di Laman Budaya Shah Alam -Fahmee_pr